Ada penanam cendawan yang menjual atau bagi free kepada pekebun sayur. Yang bijak sikit menukarkan SMS ini kepada kompos peram atau kompos cacing yang memberi pulangan yang boleh tahan juga. Tidak kurang juga yang membuang SMS ini ke tapak pelupusan sampah.
Yang teruk adalah yang membakar SMS dengan plastik-plastiknya sekali. Dahlah mencemar alam sekitar, bakar duit pulak tu. Oleh itu sesiapa yang hendak memulakan projek cendawan perlulah juga memikirkan SMS ini.
Kami ingin mencadangkan kepada pengusaha lama atau baru satu kepada satu cara pelupusan SMS iaitu penghasilan Biochar.
Biochar sebenarnya adalah arang yang dihasilkan dari pemanasan biomass pada suhu tinggi dan tanpa kehadiran oksigen. Sila rujuk wikipedia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai biochar.
Cara paling mudah untuk menghasilkan biochar dengan menggunakan tong drum.
Bahan-bahan organik seperti SMS, daun-daun kering, ranting kayu dll dimasukkan kedalam tong drum...kelembapan bahan-bahan tersebut mestilah kurang daripada 20%.
Inilah biochar yang terhasil daripada kayu, SMS dan daun.
Stok biochar yang digunakan untuk mengganti kapur.
Biochar mesti direndam didalam air selama 24 jam sebelum dicampur ke substrat beg media.
Selain daripada itu biochar juga dicuba sebagai media benih.
Mycelium rhizomorphic yang terhasil amat ketara. Mycelium inilah yang harus diberi perhatian oleh pembuat benih cendawan.
Cebisan mycelium rhizomorphic dipindahkan ke media agar
Selepas beberapa hari pertumbuhan mycelium yang sekata dan seimbang terhasil.
No comments:
Post a Comment