Pada 21 Mac - 3 April 2010, Jabatan Pertanian Putrajaya dan sekretariat ASEAN telah menganjurkan satu kursus bertajuk ' Production Technology and Economic Perspective of Mushroom'. Peserta-peserta dari negara-negara ASEAN termasuk Malaysia telah diberi pendedahan selama dua minggu dan pembiayaannya telah ditanggung oleh Jabatan Pertanian Jepun.


Tetamu jemputan yang hadir di majlis perasmian

Ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Cendawan Malaysia yang hadir.

Gambar beramai-ramai.

Nabil diberi tajuk 'Tissue Culture Technique and Spawn Management' dan di hantar ke makmal Jabatan Pertanian Bumbung Lima Kepala Batas untuk mengajar peserta-peserta ASEAN.

Peserta sedang mendengar teori kultur tisu.

Sebelah petang para peserta menjalani latihan amali dimakmal. Oleh kerana ruang makmal yang menempatkan laminar flow tidak dapat menampung peserta yang ramai, latihan amali terpaksa dijalankan dalam keadaan tidak aseptik.

Peserta tekun mempelajari teknik penyediaan benih.

Bilik pemeraman benih di Bumbung Lima.
No comments:
Post a Comment