Masalah biasanya berlaku apabila penanam baru tidak membuat kajian pasaran dan tidak bertanya kepada penanam sediada tentang keadaan pasaran terutama harga penjualan.
Bila beg cendawan mula mengeluarkan hasil, penanam baru ini, secara sengaja atau tidak, selalunya mengganggu harga semasa.
Walaupun kesannya bersifat sementara sahaja tetapi keadaan ini merimaskan ramai penanam. Oleh itu jalan keluar yang paling mudah ialah dengan menukar cendawan kepada produk hiliran seperti yang dilakukan oleh beberapa penanam terkenal.
Nas Agro sedang mengadakan kerjasama tidak formal dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk mencipta beberapa produk berasaskan cendawan.
Produknya..mee yang dibuat daripada cendawan.
Kumpulan kedua
Produknya..serbuk cendawan dan dibentuk menjadi keropok lekor cendawan
Kumpulan ketiga; satu-satunya kumpulan lelaki dari tujuh kumpulan yang bertanding
Produknya...kerepek cendawan
Daripada tujuh kumpulan yang bertanding, tempat kedua dan ketiga jatuh kepada produk dari cendawan. Yang mana satu??...lu pikir la sendiri...
Burger cendawan yang dicipta oleh sifu pelajar-pelajar tadi..Prof Salmah...tidak masuk pertandingan.
Masih banyak perkara harus dilakukan sebelum produk-produk ini boleh dikomersialkan. Nas Agro berharap penanam-penanam yang lain juga bergerak mempelbagaikan produk dari cendawan. Hanya dengan cara ini diharapkan industri cendawan negara akan berkembang maju dan mencapai sasaran kerajaan iaitu pengeluaran cendawan dalam negara berjumlah RM500 juta menjelang 2020.
No comments:
Post a Comment