Saturday, May 29, 2010

Biochar

Dalam kita syok-syok menanam cendawan, kadangkala kita terlupa bahawa diakhir pusingan beg cendawan kita akan menghadapi satu masalah besar. Masalahnya ialah beg cendawan terpakai atau 'spent mushroom substrate' ( SMS ).

Ada penanam cendawan yang menjual atau bagi free kepada pekebun sayur. Yang bijak sikit menukarkan SMS ini kepada kompos peram atau kompos cacing yang memberi pulangan yang boleh tahan juga. Tidak kurang juga yang membuang SMS ini ke tapak pelupusan sampah.

Yang teruk adalah yang membakar SMS dengan plastik-plastiknya sekali. Dahlah mencemar alam sekitar, bakar duit pulak tu. Oleh itu sesiapa yang hendak memulakan projek cendawan perlulah juga memikirkan SMS ini.

Kami ingin mencadangkan kepada pengusaha lama atau baru satu kepada satu cara pelupusan SMS iaitu penghasilan Biochar.

Biochar sebenarnya adalah arang yang dihasilkan dari pemanasan biomass pada suhu tinggi dan tanpa kehadiran oksigen. Sila rujuk wikipedia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai biochar.

Cara paling mudah untuk menghasilkan biochar dengan menggunakan tong drum.
Bahan-bahan organik seperti SMS, daun-daun kering, ranting kayu dll dimasukkan kedalam tong drum...kelembapan bahan-bahan tersebut mestilah kurang daripada 20%.
Inilah biochar yang terhasil daripada kayu, SMS dan daun.
Stok biochar yang digunakan untuk mengganti kapur.
Biochar mesti direndam didalam air selama 24 jam sebelum dicampur ke substrat beg media.
Selain daripada itu biochar juga dicuba sebagai media benih.
Mycelium rhizomorphic yang terhasil amat ketara. Mycelium inilah yang harus diberi perhatian oleh pembuat benih cendawan.
Cebisan mycelium rhizomorphic dipindahkan ke media agar
Selepas beberapa hari pertumbuhan mycelium yang sekata dan seimbang terhasil.

Sunday, May 23, 2010

Kursus Cendawan Anjuran ASEAN-JAPAN

Pada 21 Mac - 3 April 2010, Jabatan Pertanian Putrajaya dan sekretariat ASEAN telah menganjurkan satu kursus bertajuk ' Production Technology and Economic Perspective of Mushroom'. Peserta-peserta dari negara-negara ASEAN termasuk Malaysia telah diberi pendedahan selama dua minggu dan pembiayaannya telah ditanggung oleh Jabatan Pertanian Jepun.


Tetamu jemputan yang hadir di majlis perasmian
Ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Cendawan Malaysia yang hadir.
Gambar beramai-ramai.
Nabil diberi tajuk 'Tissue Culture Technique and Spawn Management' dan di hantar ke makmal Jabatan Pertanian Bumbung Lima Kepala Batas untuk mengajar peserta-peserta ASEAN.
Peserta sedang mendengar teori kultur tisu.
Sebelah petang para peserta menjalani latihan amali dimakmal. Oleh kerana ruang makmal yang menempatkan laminar flow tidak dapat menampung peserta yang ramai, latihan amali terpaksa dijalankan dalam keadaan tidak aseptik.
Peserta tekun mempelajari teknik penyediaan benih.
Bilik pemeraman benih di Bumbung Lima.





Inovasi Produk Dari Cendawan

Lambakan cendawan merupakan sesuatu perkara yang merisaukan penanam cendawan. Lebih-lebih lagi bila ramai orang minat hendak menanam cendawan. Selalunya penanam baru akan membeli beg media yang matang dan mengeluarkan cendawan di tempat masing-masing.

Masalah biasanya berlaku apabila penanam baru tidak membuat kajian pasaran dan tidak bertanya kepada penanam sediada tentang keadaan pasaran terutama harga penjualan.
Bila beg cendawan mula mengeluarkan hasil, penanam baru ini, secara sengaja atau tidak, selalunya mengganggu harga semasa.

Walaupun kesannya bersifat sementara sahaja tetapi keadaan ini merimaskan ramai penanam. Oleh itu jalan keluar yang paling mudah ialah dengan menukar cendawan kepada produk hiliran seperti yang dilakukan oleh beberapa penanam terkenal.

Nas Agro sedang mengadakan kerjasama tidak formal dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk mencipta beberapa produk berasaskan cendawan.

Pada 7 April 2010, Fakulti Teknologi Makanan USIM telah mengadakan program 'New Product Launching Day' dimana pelajar-pelajar diminta mencipta makanan yang boleh dikomersialkan. Tiga kumpulan pelajar telah memilih cendawan.



Kumpulan pertama; yang baju biru tu sifu Prof Salmah

Produknya..mee yang dibuat daripada cendawan.

Kumpulan kedua


Produknya..serbuk cendawan dan dibentuk menjadi keropok lekor cendawan



Kumpulan ketiga; satu-satunya kumpulan lelaki dari tujuh kumpulan yang bertanding
Produknya...kerepek cendawan

Daripada tujuh kumpulan yang bertanding, tempat kedua dan ketiga jatuh kepada produk dari cendawan. Yang mana satu??...lu pikir la sendiri...


Burger cendawan yang dicipta oleh sifu pelajar-pelajar tadi..Prof Salmah...tidak masuk pertandingan.

Lazat walaupun tidak diletak salad dan bawang.

Masih banyak perkara harus dilakukan sebelum produk-produk ini boleh dikomersialkan. Nas Agro berharap penanam-penanam yang lain juga bergerak mempelbagaikan produk dari cendawan. Hanya dengan cara ini diharapkan industri cendawan negara akan berkembang maju dan mencapai sasaran kerajaan iaitu pengeluaran cendawan dalam negara berjumlah RM500 juta menjelang 2020.

Aktiviti Kursus dan Lawatan

Bermula dari bulan Januari kami telah menjalankan kursus bulanan secara tetap. Kursus ini dijalankan dengan kerjasama Agro Consult & Services. Puan Normah Ibrahim selaku CEO Agro Consult mengajar teori dan praktikal asas penanaman cendawan dan Nabil Sanusi dari Nas Agro mengajar tentang konsep zero waste. Untuk modul-modul akan datang taklimat mengenai proses dan prosedur pengambilan pekerja asing akan disampaikan.









Saturday, May 22, 2010

Lawatan Ke Projek Cendawan Di Sarawak


Berapa bulan lepas kami telah melawat ke satu projek penanaman cendawan di Sarawak. Teknik yang digunakan berbeza dengan apa yang dilakukan oleh kebanyakan penanam lain.

Hendak ke projek cendawan mesti melintasi anak sungai.

Kawasan memeram beg media.

Beg media yang lebih besar dari kebiasaan, lebih kurang 3-4 kg.

Beg yang matang dipindahkan dan disusun dalam keadaan tegak diatas tanah.

Spesis cendawan yang banyak ditanam adalah tiram biru. Warnanya cantik tapi warna birunya menjadi pudar apabila cendawan mulai membesar.

Monday, May 10, 2010

Lamanya tak update blog ini

Ramai yang bertanya kenapa tak update blog. Bukan tak nak update tapi banyak perkara yang berlaku yang memerlukan penumpuan 100%. Sebenarnya banyak cerita atau peristiwa yang hendak dikongsi tapi apakan daya.

Sepanjang tahun lepas aktiviti kami disini macam biasa aje tetapi pada bulan Disember, saya telah dihantar oleh Jabatan Pertanian Putrajaya untuk menghadiri satu bengkel bertajuk " ASEAN-China Workshop on Technology Development of Medicinal Mushroom" di Yogjakarta Indonesia selama seminggu.

Delegasi Malaysia - Cik Hartini DOA dan Nabil

Bergambar bersama delegasi ASEAN dan pakar dari negara China. Hanya negara Brunei dan Singapura sahaja yang tidak hadir.

Beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar-pakar dari negara China.
  1. Overview: The Pharmacological Effects and Therapeutic Applications of Medicinal Mushroom. Oleh Prof Zhi-Bin Lin
  2. Cultivation and Post Harvest Technology for Medicinal Mushroom. Oleh Prof Chen mingjie
  3. Extraction and Purification and Characterization of active Substance From Medicinal Mushroom. Oleh Prof Tang Qingjui
Esoknya, kami dibawa ke Fakulti Sains Universitas Gadjah Mada untuk mendengar dua lagi kuliah dan seterusnya menjalan aktiviti praktikal makmal.
  1. Optimization in Ganoderma Extraction Using SLD. Oleh Prof Triana Hertiani
  2. Cytotoxic Activity of a Compound In Human Cancer Cell Lines. Oleh Eti Nurwening Sholikhah
Kami diberi tugasan berikut untuk praktikal makmal:

Laboratory-work Guidance

Optimization of Ganoderma lucidum basidiocarps extraction

  1. Sample preparation

Fresh samples were thinly sliced and dried in an oven at 50°C. Dried samples were ground to obtain samples in powder form.

  1. Extraction
    1. Solvent used: water 100%, water-ethanol (1:1) and ethanol 100%.
    2. Extraction method: Maceration (55°C, 15’)
    3. Extracts obtained were subjected to freeze dryer/rotary evaporator to eliminate the solvents
  2. Chemical analyses
    1. Total phenols (Taga et al., 1984 in Mau et al., 2002):

Extract (20 mg) was dissolved in a solution of 5 mL of 1,3% HCl in methanol/deionized water (60:40, v/v), and the resulting mixture (100 µL) was added to 2 mL of 2% aqueous sodium carbonate colution. After 3 min, 100 µL of 50% Folin-Ciocalteau ragent was added to the mixture. After 30 min of standing, absorbance was measured at 750 nm. The content of total phenols was calculated on the basis of the calibration curve of gallic acid.

    1. Total triterpenoids (Xiang, 2001 in Chen 2007)

Standard used: saponin

The extracts were dissolved in ethanol to obtain sample solution. The solution in amount of 0.2 mL was put into a tube, where 0.2 mL new mixed 5% (w/v) vanillin-acetic acid solution and 1,2 mL perchloric acid were added, mixed and incubated at 70°C for 15 min. The tube were taken out and cooled in running water for 2 min. Then ethyl acetate was added in order to make the total volume being 5 mL. After being cooled to room temperature, with a blank solution as reference, the absorbance was scanned using a Double beam UV/Vis spectrophotometer in the range of 200-700 nm. Scanning results showed that the maximum adsorption was at 550 nm, so the absorbance A at Vis 550 nm was determined with a glass cell of 1 cm

    1. TLC profiling

Stationary phase: silica gel F254

Mobile phase: chloroform-methanol-water (30:4:1) or methylbenzene-ethyl acetate-acetic acid (12:4:0.5)

Detection:

UV 254 nm; UV 366 nm; 10% sulfuric acid in ethanol; FeCl3

  1. Data Analyses by using Simplex Lattice Design Method

Y = a(A) + b(B) + ab (A)(B)

Where Y = Response; A = solvent A composition in mixture; B = solvent B, a = solvent A coefficient, b = solvent B coefficient, ab = coeficient of solvent mixture A and B (A+B = 1). Optimum composition of the solvent mixture is counted based on Rtotal (R = response).

Rtotal = R1 + R2 + Rn

R1 = N1r1 ; r1 +r2+rn = 1

N = (X-Xmin) / (Xmax-Xmin)

Mendengar taklimat sebelum praktikal dijalankan.

Ekstraksi ganoderma sedang dijalankan menggunakan air dan ethanol dengan kepekatan yang berbeza.

Teropong anak bulan ke bang?

Yang diteropong tadi adalah ini - sel kanser payu dara

Ini sel kanser tekak.

Mencampur ekstrak ganoderma dengan larutan media DMSO dan memecahkannya kepada 6 kepekatan berbeza.

Media DMSO tadi dipindah ke tray yang berisi sel kanser

Mesin ELISA digunakan untuk membaca kadar aktiviti ekstrak ganoderma keatas sel kanser

Pengiraan, penilaian dan perbincangan dari hasil yang diperolehi

Sehari suntuk buat kerja makmal memang meletihkan tapi menyeronokkan. Keesokan hari tiap-tiap negara dikehendaki membentangkan laporan mengenai indusri cendawan dinegara masing-masing.

Nabil diberi kepercayaan untuk membentangkan laporan industri cendawan Malaysia

Persidangan meja bulat untuk membincangkan hala tuju industri cendawan dan ruang kerjasama antara negara ASEAN

Kami juga dibawa melawat kebeberapa perusahaan cendawan dan tempat-tempat pelancongan disekitar Yogjakarta.
Nabil, Hartini dan Dr Ira di Candi Prambanan - candi untuk penganut Hindu


Delegasi di Candi Borobudur - candi untuk penganut Buddha

Malam terakhir kami disajikan dengan persembahan tarian epik Ramayana. Memang mengasyikkan dan barulah faham kisah cinta Ramayana.