Batuk merupakan respon tubuh untuk mengeluarkan lendir, kahak, debu atau habuk melalui saluran pernafasan. Setiap orang pasti pernah mengalami batuk, sekurang-kurangnya satu tahun sekali. Batuk biasanya akan hilang dalam waktu tiga minggu dan tidak memerlukan cara pengubatan yang khusus. Penggunaan ubat batuk sampai kini belum terbukti sepenuhnya. Justeru itu ramai orang lebih suka memakai petua tradisional untuk meredakan batuk.
Bagi masyarakat orang asli, cendawan susu harimau merupakan ramuan utama dalam perubatan tradisional meraka bagi melega dan menyembuhkan masalah batuk. Walaupun demikian amalan ini sudah mula dilupakan dan hampir pupus. Antara sebab utama perkara ini berlaku adalah kerana bekalan cendawan susu harimau yang semakin sukar untuk ditemui. Dikatakan hanya yang bertuah dan dimurahi rezeki sahaja yang akan menemui cendawan ini.
Dengan bioteknologi penanaman yang terkini, cendawan ini sudah berjaya dikeluarkan secara komersial dan orang ramai boleh membeli cendawan ini dalam bentuk ubinya yang asli, serbuk atau kapsul.
Bagi melegakan masalah batuk, berikut adalah panduan yang boleh digunakan.
Ubi atau sclerotium cendawan susu harimau dihiris dan keringkan, samada menggunakan oven atau dibawah sinaran matahari.
Ambil satu hirisan kering atau setengah sudu teh serbuk atau 2 kapsul dan masukkan kedalam cawan. Ini akan memberi dos harian orang dewasa sebanyak 500-600mg.
Jika menggunakan kapsul, buka kapsul tersebut dan keluarkan serbuk cendawan kedalam cawan.
Masukkan air yang mendidih kedalam cawan yang berisi cendawan susu harimau, kacau dan tunggu hingga air menjadi suam sebelum diminum.
Selain batuk, kaedah ini juga boleh digunakan untuk melegakan beberapa masalah kesihatan lain seperti asma dan keracunan makanan.
No comments:
Post a Comment