Monday, February 13, 2017

Petua Melegakan Batuk Menggunakan Cendawan Susu Harimau



Batuk merupakan respon tubuh untuk mengeluarkan lendir, kahak, debu atau habuk melalui saluran pernafasan. Setiap orang pasti pernah mengalami batuk, sekurang-kurangnya satu tahun sekali. Batuk biasanya akan hilang dalam waktu tiga minggu dan tidak memerlukan cara pengubatan yang khusus. Penggunaan ubat batuk sampai kini belum terbukti sepenuhnya. Justeru itu ramai orang lebih suka memakai petua tradisional untuk meredakan batuk.

Bagi masyarakat orang asli, cendawan susu harimau merupakan ramuan utama dalam perubatan tradisional meraka bagi melega dan menyembuhkan masalah batuk. Walaupun demikian amalan ini sudah mula dilupakan dan hampir pupus. Antara sebab utama perkara ini berlaku adalah kerana bekalan cendawan susu harimau yang semakin sukar untuk ditemui. Dikatakan hanya yang bertuah dan dimurahi rezeki sahaja yang akan menemui cendawan ini.


Dengan bioteknologi penanaman yang terkini, cendawan ini sudah berjaya dikeluarkan secara komersial dan orang ramai boleh membeli cendawan ini dalam bentuk ubinya yang asli, serbuk atau kapsul.


Bagi melegakan masalah batuk, berikut adalah panduan yang boleh digunakan.



 Ubi atau sclerotium cendawan susu harimau dihiris dan keringkan, samada menggunakan oven atau dibawah sinaran matahari. Hirisan yang telah kering boleh disimpan untuk tempoh yang lama. Selain itu hirisan ini boleh dikisar untuk dijadikan serbuk. Oleh kerana ubi asli cendawan ini berwarna putih, hirisan atau serbuk yang diperolehi atau dibeli sepatutnya berwarna putih juga ( atau warna krim yang lembut). 



Ambil satu hirisan kering atau setengah sudu teh serbuk atau 2 kapsul dan masukkan kedalam cawan. Ini akan memberi dos harian orang dewasa sebanyak 500-600mg.


Jika menggunakan kapsul, buka kapsul tersebut dan keluarkan serbuk cendawan kedalam cawan.


Masukkan air yang mendidih kedalam cawan yang berisi cendawan susu harimau, kacau dan tunggu hingga air menjadi suam sebelum diminum.

Selain batuk, kaedah ini juga boleh digunakan untuk melegakan beberapa masalah kesihatan lain seperti asma dan keracunan makanan.


Cendawan susu harimau boleh mencairkan darah dan menghalang pembekuan darah.
Apakah ini bermakna cendawan ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jantung??
Berikut adalah sebahagian daripada kertas kajian yang dihasilkan oleh Prof Dr Vikineswary Sabaratnam.






Lignosus rhinocerotis
The tiger milk mushroom (L.rhinocerotis) is an indigenous mushroom of Malaysia and it is used by the indigenous communities of Malaysia to cure a number of diseases as well as for overall wellness.
.
Recently, this mushroom has attracted much attention and a number of publications are available [11,12,13]. In this study, it is reported for the first time, the fibrinolytic and anticoagulant activities of crude extracts of L.rhinocerotis.
.
The fibrinolytic activity of the sclerotium of L.rhinocerotis was shown in the qualitative fibrin plate assay as well as in the quantitative method of Folin spectroscopy method. The specific activity of the crude extract was 56.91 U/mg.
.
The ATP system was used to concentrate and recover the fibrinolytic enzymes from the freeze-dried sclerotium of L.rhinocerotis. After acetone extraction of the top phase of the ATPS to precipitate the protein, the specific activity of the partially purified extract increased to 155.08 U/mg protein with a purification fold of 2.7. The recovery of the enzyme in the top phase is preferred as the PEG (polymer) can significantly enhance the refolding of proteins to stabilise the activity [14]. The molecular weight of the partially purified enzyme was approximately 45 kDa.
.
The anticoagulant activity of extracts of the sclerotium of L.rhinocerotis was evaluated by the in-vitro anti-platelet activity assay [15]. The ATPS and acetone extraction was used to precipitate the protein of interest.
.
The SDS–PAGE analysis showed that the protein with the anticoagulant activity had a molecular weight of approximately 45-50kDa. This result is similar to the protein from A. auricula-judae which had both fibrinolytic as well as anticoagulant activity (unpublished data).
(sumber: FIBRINOLYTIC AND ANTICOAGULANT ENZYMES OF SELECTED MEDICINAL AND CULINARY MUSHROOMS, V.SABARATNAM)









Monday, February 6, 2017

Cendawan Susu Rimau @ Lignosus rhinocerus


Menurut masyarakat orang asli, cendawan ini dipercayai tumbuh di atas titisan susu harimau yang jatuh ke bumi semasa ibu harimau menyusukan anaknya.
.
Sclerotium ( ubi ) cendawan ini berwarna putih akan terbentuk didalam tanah untuk jangka masa yang agak lama, adakalanya berbulan-bulan, bertahun-tahun atau berabad lamanya.
.
Payung cendawan ini akan bercambah keluar apabila keadaan persekitaran adalah sesuai.
.
Menurut kepercayaan orang asli, hanya yang bertuah dan dimurahi rezeki sahaja akan menemui cendawan ini.
.
Pengamal perubatan tradisional masyarakat melayu menggunakannya untuk mengubati barah darah, barah rahim, penyakit ulser usus, penyakit buah pinggang dan bengkak-bengkak mata dan diseluruh badan.
.
Manakala pengamal perubatan tradisional masyarakat cina pula menggunakannya untuk mengubati demam,lelah, asma, meningkatkan sistem immunologi dan menguatkan kesihatan badan.

( Sumber: Lignosus Wordpress )