Lanjutan dari kursus asas cendawan, kursus intensif kultur tisu cendawan telah dijalankan pada 6-7 Julai 2009. Pesertanya terdiri daripada kakitangan makmal PPK Labuan dan pegawai Jabatan Pertanian Putrajaya dan Serdang.
Gambar-gambar dibawah adalah untuk perhatian para peserta. Gambar-gambar ini diambil 4 hari selepas pemindahan tisu.
Jane..semua pemindahan tisu ke piring petri dalam keadaan baik kecuali yang dibawah. Pergerakan linear dan rhizomorphic menunjukkan ketulenan kultur dan tidak perlu lagi sub-kultur.
Kalau dilihat pada arah pukul 12 muka piring, terdapat pertumbuhan bakteria. Ini mungkin terjadi semasa proses pemindahan tisu atau semasa pemindahan PDA. Tisu di piring ini masih boleh diselamatkan. Apabila mycelium mula berkembang sedikit pilih bahagian yang baik untuk diasingkan ke piring lain. Lakukan dengan berhati-hati agar bakteria tidak ikut sama.
Sam...semua piring petri ok kecuali dibawah yang mengalami kontaminasi yang serius.
Sam...ini adalah aspergillus@the green mold. Mungkin terjadi kerana pisau anda kotor atau tisu yang anda potong terkena bahagian luar cendawan. Tidak ada kaedah untuk menyelamatkan piring ini.
Rina...semua piring anda ok. Saya percaya dalam tempoh seminggu piring ini akan penuh. Seperti yang kita bincangkan berikan zon 1 sm sebelum piring ini penuh. Jadi anda tidak perlu lagi menunggu selama sebulan seperti sebelumnya. Yang penting anda tulenkan kultur anda dulu.
Tini...semua piring ok. Saya cuma hendak anda memberi perhatian kepada piring ini. Kalau anda lihat pada arah pukul 3, disitu terdapat ketebalan mycelium yang berbeza dari yang lain. Saya tak pasti adakah ini koloni satelit atau sentuhan dua kali semasa pemindahan. Untuk lebih selamat buat sekali lagi sub-kultur.
Pak cik Hasyim...pergerakan mycelium cantik. Piring lain ok kecuali dibawah.
Pak cik Hasyim...aspergillus itu tumbuh ditempat pak cik buat hirisan pisau. Maknanya pisau pak cik tidak dibakar dengan baik. Masih boleh diselamatkan tapi amat berisiko. Spora aspergillus boleh berterbangan dalam makmal kalau tudung piring tidak dibuka dengan cermat. Lebih baik buang sahaja.
Pemindahan G1 ke G2 jadi 100 %. Pemindahan tisu ke G1 masih dalam peringkat pemerhatian, walau bagaimanapun mycelium dari hirisan piring P sudah mula berkembang. Kalau diperhatikan, pergerakan tisu induk adalah lebih perlahan dari pemindahan P ke P. Itu adalah perkara biasa. Sebab itu adalah amat penting untuk kita selalu tulenkan kultur kita.
No comments:
Post a Comment