Lama tak update blog ni...bersalah rasanya bila pengunjung yang masuk tidak mendapat bahan-bahan baru dari kami. Kegawatan ekonomi masa ini benar-benar menguji ketahanan dan kesabaran kami. Selain cendawan, kami juga terlibat dalam bidang logistik untuk industri automotif yang telah kami usahakan sejak tahun 1994. Walaupun industri automotif berlaku sedikit pengucupan lori-lori kami masih beroperasi dengan kapasiti penuh. Masalah timbul apabila vendor tidak dapat membayar kami mengikut jadual. Apabila ini berlaku maka jadual pembayaran kami kepada pihak ketiga juga terganggu terutamanya gaji pekerja. Apa yang mengagumkan kami ialah kesabaran dan kesetiaan yang ditunjukkan pekerja-pekerja. Malah ada yang membantu syarikat dengan mengeluarkan wang sendiri untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang urgent. Pada kami itulah nikmatnya kalau kita mengganggap pekerja-pekerja kita sebagai aset dan bukannya kuli-kuli yang perlu dirantai dan diperah segala keringatnya. Berikan mereka ruang untuk berkreatif dan berinovatif, mereka akan memberikan kita magik. Jadi kepada pekerja-pekerja logistik, kami berharap semangat untuk memberikan magik itu tidak pudar dan kepada vendor kami berharap dengan kebijaksanaan tuan-tuan kegawatan kewangan yang dialami oleh pihak tuan dapat diatasi.
Berbalik kepada cerita cendawan, melihat kepada prestasi dan perkembangan Nas Agro akhir-akhir ini telah memberikan kami semangat dan berasa bertuah dapat berkecimpung dalam industri cendawan ini. Walaupun pada masa ini pendapatan dari hasil cendawan tidaklah semewah dari pendapatan logistik tapi kepuasannya tidak dapat nak digambarkan.
Baru-baru ini Mr Song dari C&C dan isteri telah berkunjung ke tempat kami. Pada mulanya kami agak risau jugak kerana apakah yang diperlukan oleh sebuah syarikat yang besar seperti C&C dari kami yang ciput ni. Kami telah bertukar-tukar maklumat mengenai perkembangan syarikat masing-masing dan sudah semestinya kami cuba mencungkil sebanyak mungkin ilmu,idea dan tip-tip penanaman cendawan dari beliau. Tidak lama dari kunjungan tersebut, Mr Chew, MD C&C pula datang ke Nas Agro. Perbincangan kami dengan Mr Chew lebih detail lagi. Kami menbincangkan beberapa perkara kerjasama yang boleh dilakukan oleh dua syarikat ini. Jadi kepada Mr Song dan Mr Chew terima kasih diatas kunjungan tempohari dan kami amat berbesar hati jika dua syarikat boleh bekerjasama.
dari kiri: Mr and Mdm Song, Mdm Chee ( pembekal habuk kayu terbesar kawasan sini)
No comments:
Post a Comment