Saturday, July 11, 2009

Kursus Intensif Pengkulturan Tisu Cendawan


Lanjutan dari kursus asas cendawan, kursus intensif kultur tisu cendawan telah dijalankan pada 6-7 Julai 2009. Pesertanya terdiri daripada kakitangan makmal PPK Labuan dan pegawai Jabatan Pertanian Putrajaya dan Serdang.


Gambar-gambar dibawah adalah untuk perhatian para peserta. Gambar-gambar ini diambil 4 hari selepas pemindahan tisu.
Jane..semua pemindahan tisu ke piring petri dalam keadaan baik kecuali yang dibawah. Pergerakan linear dan rhizomorphic menunjukkan ketulenan kultur dan tidak perlu lagi sub-kultur.
Kalau dilihat pada arah pukul 12 muka piring, terdapat pertumbuhan bakteria. Ini mungkin terjadi semasa proses pemindahan tisu atau semasa pemindahan PDA. Tisu di piring ini masih boleh diselamatkan. Apabila mycelium mula berkembang sedikit pilih bahagian yang baik untuk diasingkan ke piring lain. Lakukan dengan berhati-hati agar bakteria tidak ikut sama.
Sam...semua piring petri ok kecuali dibawah yang mengalami kontaminasi yang serius.
Sam...ini adalah aspergillus@the green mold. Mungkin terjadi kerana pisau anda kotor atau tisu yang anda potong terkena bahagian luar cendawan. Tidak ada kaedah untuk menyelamatkan piring ini.
Rina...semua piring anda ok. Saya percaya dalam tempoh seminggu piring ini akan penuh. Seperti yang kita bincangkan berikan zon 1 sm sebelum piring ini penuh. Jadi anda tidak perlu lagi menunggu selama sebulan seperti sebelumnya. Yang penting anda tulenkan kultur anda dulu.
Tini...semua piring ok. Saya cuma hendak anda memberi perhatian kepada piring ini. Kalau anda lihat pada arah pukul 3, disitu terdapat ketebalan mycelium yang berbeza dari yang lain. Saya tak pasti adakah ini koloni satelit atau sentuhan dua kali semasa pemindahan. Untuk lebih selamat buat sekali lagi sub-kultur.
Pak cik Hasyim...pergerakan mycelium cantik. Piring lain ok kecuali dibawah.
Pak cik Hasyim...aspergillus itu tumbuh ditempat pak cik buat hirisan pisau. Maknanya pisau pak cik tidak dibakar dengan baik. Masih boleh diselamatkan tapi amat berisiko. Spora aspergillus boleh berterbangan dalam makmal kalau tudung piring tidak dibuka dengan cermat. Lebih baik buang sahaja.

Pemindahan G1 ke G2 jadi 100 %. Pemindahan tisu ke G1 masih dalam peringkat pemerhatian, walau bagaimanapun mycelium dari hirisan piring P sudah mula berkembang. Kalau diperhatikan, pergerakan tisu induk adalah lebih perlahan dari pemindahan P ke P. Itu adalah perkara biasa. Sebab itu adalah amat penting untuk kita selalu tulenkan kultur kita.









Kursus Intensif Penanaman Cendawan

Pada 4-5 Julai 2009, satu kursus intensif telah di jalankan di Nas Agro. Peserta-pesertanya seramai 12 orang adalah terdiri daripada pegawai dan kakitangan PPK, dan ahli PPK yang dihantar oleh Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP ). Apa yang uniknya kursus ini adalah pesertanya bukan orang baru dalam bidang cendawan tetapi orang-orang lama, otai Faisol AYnaning pun ada sama. 6 dari PPK Labuan, 2 dari PPK Perlis, 2 dari PPK Johor Selatan dan 2 dari PPK Muar selatan. Kursus ini meliputi semua perkara asas dalam penanaman cendawan dan pengurusan Spent Mushroom Substrate (SMS).



Gambar dibawah adalah untuk rujukan para peserta. Peserta seramai 12 orang itu telah bersesak dalam bilik suntik dan keadaan boleh dikatakan huru hara jugaklah. Daripada 900 beg, 20 beg rosak angkara neurospora sp dan ini tidak menghairankan dengan keadaan kelam kabut. Apa yang boleh dibanggakan adalah peratus rosak itu hanya 2.22%. Gambar dibawah adalah keadaan pertumbuhan mycelium selepas 4 hari.

Beg En. Samuel
Beg Cik Rinah
Beg En. Zainol
Beg En. Nizam
Beg En. Ibrahim
Beg En. Faisol
Beg En. Sabri
Beg En. Fauzi
Beg En. Isa
Beg En. Rosmani
Beg En. Ricco
Beg En. Hasyim

Lawatan Koperasi Jayamurni Wanita Berhad


Pada 01 Julai 2009, Nas Agro menerima kunjungan dari beberapa orang ahli koperasi tersebut yang di ketuai oleh seseorang yang begitu istimewa iaitu Tan Sri Aishah Ghani. Sebelum lawatan tersebut saya tertanya-tanya apakah lagi yang hendak ditunjukkan dan diterangkan kepada mereka ini. Mereka baru saja melawat Cima Agro dan rasanya tidak ada apa lagi yang hendak tunjukkan di Nas Agro. Walau bagaimanapun Tan Sri tetap menunjukkan minat yang mendalam dalam perusahaan cendawan ini. Kami banyak berbincang dan bertukar pandangan. Apa yang saya sangat kagum iaitu ketajaman pemikiran Tan Sri walaupun sudah berumur lebih dari 80 tahun.
Kami mengucapkan terima kasih di atas kunjungan Tan Sri Aishah dan rombongannya. Kami berharap Koperasi Jayamurni Wanita Bhd akan sentiasa sukses dan berdaya maju.













Friday, July 10, 2009

Lawatan ke AYNaning Biotech Farm

Pada 21/06/09 saya balik ke Batu Pahat untuk menghadiri kenduri perkahwinan sepupu. Dalam perjalanan singgah sebentar ke tempat Faisol di Bkt Naning. Projek ni di tepi rumah dia. Projek dengan PPK tak sempat tengok...masih top secret.

Tempat buat beg media

Hasil yang keluar

Steamer yang ada rail..lepas kukus terus tolak masuk ke bilik suntik


Bilik suntik yang mengadap steamer tadi.