Thursday, June 25, 2009

Aktiviti MAM - Lawatan Ke Kedah

Persatuan Cendawan Malaysia telah bersetuju untuk membuat lawatan sambil belajar ke negeri Kedah pada 31 Julai-2 Ogos 2009. Ada lebih kurang empat tempat perusahaan cendawan yang akan dilawati. Selain daripada itu tujuan lawatan ini adalah untuk mengumpul dan berkenalan dengan pengusaha-pengusaha cendawanbagi kawasan utara Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Jadi otai-otai disana sila kumpul anak buah masing-masing dan kita berkumpul disana.

Tempat adalah terhad. Sila klik logo MAM untuk penerangan lanjut.


Saturday, June 20, 2009

Perkembangan di Kuching

Baru-baru ini, saya telah pergi ke Kuching untuk meninjau dan menilai prestasi penghasilan benih Nas Mayang. Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan usaha yang dilakukan oleh Florence dan Michele. Makmalnya sangat bersih dan mesilium benih juga nampaknya bergerak cantik. Jadi kepada pengusaha-pengusaha di Borneo jangan susah hati lagi kerana benih baik punya sudah berada dekat dengan anda.

Pekerja Nas Mayang tengah load autoclave. Merahnya pak ngah.


Big bos tengah check benih yang dibuat oleh budak baju merah tadi. Itu adalah 'transfer box' yang dicipta oleh bro Supaat. Mdm Florence... untuk jangka panjang kena guna laminar flow...jangan lupa.

Antara benih yang sedang diperam.


Ini adalah klon cendawan tiram putih yang dikeluarkan oleh Nas Agro di Sepang.

Coretan dan Lawatan Dari C&C


Lama tak update blog ni...bersalah rasanya bila pengunjung yang masuk tidak mendapat bahan-bahan baru dari kami. Kegawatan ekonomi masa ini benar-benar menguji ketahanan dan kesabaran kami. Selain cendawan, kami juga terlibat dalam bidang logistik untuk industri automotif yang telah kami usahakan sejak tahun 1994. Walaupun industri automotif berlaku sedikit pengucupan lori-lori kami masih beroperasi dengan kapasiti penuh. Masalah timbul apabila vendor tidak dapat membayar kami mengikut jadual. Apabila ini berlaku maka jadual pembayaran kami kepada pihak ketiga juga terganggu terutamanya gaji pekerja. Apa yang mengagumkan kami ialah kesabaran dan kesetiaan yang ditunjukkan pekerja-pekerja. Malah ada yang membantu syarikat dengan mengeluarkan wang sendiri untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang urgent. Pada kami itulah nikmatnya kalau kita mengganggap pekerja-pekerja kita sebagai aset dan bukannya kuli-kuli yang perlu dirantai dan diperah segala keringatnya. Berikan mereka ruang untuk berkreatif dan berinovatif, mereka akan memberikan kita magik. Jadi kepada pekerja-pekerja logistik, kami berharap semangat untuk memberikan magik itu tidak pudar dan kepada vendor kami berharap dengan kebijaksanaan tuan-tuan kegawatan kewangan yang dialami oleh pihak tuan dapat diatasi.

Berbalik kepada cerita cendawan, melihat kepada prestasi dan perkembangan Nas Agro akhir-akhir ini telah memberikan kami semangat dan berasa bertuah dapat berkecimpung dalam industri cendawan ini. Walaupun pada masa ini pendapatan dari hasil cendawan tidaklah semewah dari pendapatan logistik tapi kepuasannya tidak dapat nak digambarkan.

Baru-baru ini Mr Song dari C&C dan isteri telah berkunjung ke tempat kami. Pada mulanya kami agak risau jugak kerana apakah yang diperlukan oleh sebuah syarikat yang besar seperti C&C dari kami yang ciput ni. Kami telah bertukar-tukar maklumat mengenai perkembangan syarikat masing-masing dan sudah semestinya kami cuba mencungkil sebanyak mungkin ilmu,idea dan tip-tip penanaman cendawan dari beliau. Tidak lama dari kunjungan tersebut, Mr Chew, MD C&C pula datang ke Nas Agro. Perbincangan kami dengan Mr Chew lebih detail lagi. Kami menbincangkan beberapa perkara kerjasama yang boleh dilakukan oleh dua syarikat ini. Jadi kepada Mr Song dan Mr Chew terima kasih diatas kunjungan tempohari dan kami amat berbesar hati jika dua syarikat boleh bekerjasama.

dari kiri: Mr and Mdm Song, Mdm Chee ( pembekal habuk kayu terbesar kawasan sini)