Tuesday, February 27, 2018

CARA PENGGUNAAN HIRISAN CENDAWAN SUSU HARIMAU



Ubi atau sclerotium cendawan susu harimau yang dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tinggi amat sukar untuk ditemui. Namun demikian dengan menggunakan kaedah bioteknologi penanaman, Nas Agro Farm telah berjaya menghasilkan cendawan ini, dalam bentuk yang asal, untuk pengeluaran komersial.

Antara manfaat cendawan ini adalah:
1. Melegakan simptom asma/lelah, batuk, demam dan selsema.
2. Meningkatkan kesihatan sistem respiratori.
3. Anti kanser dan tumor.
4. Melegakan sakit sendi.
5. Manfaat kepada sistem kardiovaskular.
6. Melegakan simptom keracunan makanan.


Cara penggunaan: Hirisan (slices) cendawan susu harimau
Kaedah Pertama: Rebusan ( Decoction )
1.     Sediakan 3 gelas atau cawan air dan didihkan air tersebut.
2.     Setelah air mendidih, kecilkan api dan masukkan 2-3 hirisan cendawan.
3.     Rebus hirisan cendawan  selama satu jam atau sehingga air rebusan berkurangan menjadi satu gelas.
4.     Minum air rebusan tersebut setelah suam.
5.     Hirisan cendawan yang sama boleh direbus sebanyak 2 kali.



Kaedah Kedua: Serbuk ( Powder )
Kisar hirisan cendawan sehingga menjadi serbuk ( boleh guna pengisar kering yang ada di rumah ). Cara penggunaan adalah seperti berikut:
1.     Masukkan serbuk ini kedalam air panas, minum setelah air menjadi suam.
2.     Boleh juga dicampur  ke dalam minuman lain seperti kopi, teh, milo dan lain-lain.
Pastikan fiber serbuk cendawan diminum sekali.
3.     Tabur serbuk ini ke bijirin sarapan (morning cereal), bubur atau sup. Serbuk cendawan ini tidak akan mengubah rasa asal makanan-makanan tersebut.
Dos:
Dewasa – setengah atau satu sudu teh ( 500mg atau 1g ), 1 – 3 kali sehari mengikut keperluan.

Kanak-kanak >2 tahun – suku atau setengah sudu teh ( 250mg atau 500mg ), 1 – 2 kali sehari mengikut keperluan.

Tuesday, June 13, 2017

Hirisan Cendawan

Dapatkan hirisan cendawan susu harimau yang asli untuk kegunaan anda sekeluarga.
.
Boleh diguna terus atau dikisar menjadi serbuk.
.
Cendawan ini mengandungi pelbagai komponen yang bertindak sebagai antioksidan, melawan jangkitan, meningkatkan fungsi imun, dan juga berpotensi mencegah kanser.




Saturday, June 3, 2017

False Tiger Milk Mushroom ( Pleurotus Tuber-Regium )

Kepada tuan-tuan/puan-puan yang mahu menggunakan cendawan susu harimau untuk tujuan rawatan, anda dinasihatkan supaya mendapatkannya dari penjual yang dikenali atau mendapat nasihat sebelum membeli.
Didapati ubi/sclerotia (Pleurotus tuber-regium) seakan-akan ubi cendawan susu harimau telah di import dari negara seberang dan di jual sebagai cendawan susu harimau.
Kebijaksanaan tuan-tuan/puan-puan sebagai pengguna amat diperlukan.





Friday, March 17, 2017

Mengenali Cendawan Susu Harimau Asli

" Kenapa kapsul cendawan susu harimau yang saya beli berlainan warna dengan apa yang ditunjuk oleh pihak En Nas?"
Begitulah pertanyaan yang kami terima dari seorang sahabat di Singapura. Beliau membeli kapsul ini dari sebuah kedai sensei yang ternama di sana, yang menyatakan bahawa ini adalah dari cendawan susu harimau yang asli.
Kami tidak dapat menyatakan secara pasti kenapa warna sebuk didalam kapsul itu berwarna perang. Cuma jika diperhatikan dari bentuk cendawan ini, kulit luarnya memang berwarna sedikit keperangan tetapi peratusannya sangat kecil untuk memberi warna perang kepada keseluruhan serbuk yang dihasilkan.
Jika ubi cendawan susu harimau ini dihiris atau dibelah, akan meperlihatkan isinya yang berwarna putih seperti susu. Oleh yang demikian, serbuk yang dihasilkan sepatutnya berwarna putih atau sedikit kekuningan.
Ini tidak menghairankan apabila cendawan ini sedang mendapat perhatian yang meluas. Keberkesanan dan nilai perubatan cendawan ini yang tinggi menyebabkan munculnya produk-produk campuran atau palsu yang menggunakan nama cendawan ini.





Monday, March 6, 2017

Kaedah Penggunaan Sclerotium ( Ubi ) Cendawan Susu Harimau


Ubi atau sclerotium cendawan susu harimau yang dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tinggi amat sukar untuk ditemui dan harganya boleh mencapai sehingga RM6,000 bagi setiap kilogram.
.
Antara manafaat cendawan ini adalah:
1. Melegakan simptom asma/lelah.
2. Meningkatkan kesihatan sistem respiratori.
3. Anti kanser dan tumor
4. Melegakan sakit sendi
5. Manafaat kepada sistem kardiovaskular
.
Ubi cendawan ini mudah dihiris nipis jika ianya masih baru dan segar. Cara menggunakannya adalah seperti berikut:
1. Untuk tujuan perubatan, ambil 7-10g hirisan cendawan dan rebus dengan 500ml air selama satu jam.
2. Untuk kesihatan umum, ambil 2-5g hirisan cendawan dan rebus dengan 500ml air selama satu jam.
.
Airnya diminum dan ulangi proses ini 1 - 3 kali sehari bergantung kepada keperluan.



Monday, February 13, 2017

Petua Melegakan Batuk Menggunakan Cendawan Susu Harimau



Batuk merupakan respon tubuh untuk mengeluarkan lendir, kahak, debu atau habuk melalui saluran pernafasan. Setiap orang pasti pernah mengalami batuk, sekurang-kurangnya satu tahun sekali. Batuk biasanya akan hilang dalam waktu tiga minggu dan tidak memerlukan cara pengubatan yang khusus. Penggunaan ubat batuk sampai kini belum terbukti sepenuhnya. Justeru itu ramai orang lebih suka memakai petua tradisional untuk meredakan batuk.

Bagi masyarakat orang asli, cendawan susu harimau merupakan ramuan utama dalam perubatan tradisional meraka bagi melega dan menyembuhkan masalah batuk. Walaupun demikian amalan ini sudah mula dilupakan dan hampir pupus. Antara sebab utama perkara ini berlaku adalah kerana bekalan cendawan susu harimau yang semakin sukar untuk ditemui. Dikatakan hanya yang bertuah dan dimurahi rezeki sahaja yang akan menemui cendawan ini.


Dengan bioteknologi penanaman yang terkini, cendawan ini sudah berjaya dikeluarkan secara komersial dan orang ramai boleh membeli cendawan ini dalam bentuk ubinya yang asli, serbuk atau kapsul.


Bagi melegakan masalah batuk, berikut adalah panduan yang boleh digunakan.



 Ubi atau sclerotium cendawan susu harimau dihiris dan keringkan, samada menggunakan oven atau dibawah sinaran matahari. Hirisan yang telah kering boleh disimpan untuk tempoh yang lama. Selain itu hirisan ini boleh dikisar untuk dijadikan serbuk. Oleh kerana ubi asli cendawan ini berwarna putih, hirisan atau serbuk yang diperolehi atau dibeli sepatutnya berwarna putih juga ( atau warna krim yang lembut). 



Ambil satu hirisan kering atau setengah sudu teh serbuk atau 2 kapsul dan masukkan kedalam cawan. Ini akan memberi dos harian orang dewasa sebanyak 500-600mg.


Jika menggunakan kapsul, buka kapsul tersebut dan keluarkan serbuk cendawan kedalam cawan.


Masukkan air yang mendidih kedalam cawan yang berisi cendawan susu harimau, kacau dan tunggu hingga air menjadi suam sebelum diminum.

Selain batuk, kaedah ini juga boleh digunakan untuk melegakan beberapa masalah kesihatan lain seperti asma dan keracunan makanan.