Friday, April 24, 2009

Bulan Tanaman





Kami tidak terlibat secara langsung tetapi sepanjang tempoh bulan tanaman ini, kami hanya membekalkan beg media berprimordia untuk tontonan pengunjung. Pengusaha cendawan yang akan berada di situ selama sebulan adalah Mr Akmal@ Cendawan Blues.

Beg Media, beg benih dan tisu didik Nas Agro


Produk-produk Cendawan Blues
Air cendawan tiram kelabu
Lupa nak tanya apa bendanya ni...nasi lemak cendawan la kot
Tepung cendawan, cendawan goreng black pepper dan nugget cendawan


Wednesday, April 22, 2009

NAS USAHA MAJU ENTERPRISE

Kami ingin menegaskan bahawa Nas Agro Farm (cendawan), Nas Vermitech (cacing) dan Nas Mayang Biotech (Sarawak) tidak ada kena mengena dengan Nas Usaha Maju Enterprise ( http://ternakan-cacing.blogspot.com).

Ramai yang beranggapan syarikat ini ada kaitan dengan kami kena blog mereka menggunakan gambar-gambar ladang kami. Setelah kami memutuskan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa barulah gambar-gambar tersebut dikeluarkan.

Oleh itu kami berharap sesiapa sudah berurusan dan menghadapi masalah menghubungi terus syarikat tersebut dan tidak merujuk kepada kami.

Tuesday, April 21, 2009

Rombongan Dari Kelantan


Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada rombongan dari Kelantan yang dihantar oleh pihak exco pertanian negeri Kelantan untuk meninjau perusahaan cendawan di tempat kami. Kami berharap konsep 'zero waste' yang kami cuba terapkan dapat dipraktikkan di negeri Kelantan.


Oleh kerana yang datang tu ramai, bilik latihan kami tidak dapat menampung. Terpaksa la bagi taklimat kat bawah pokok manggis...terasa macam bagi ceramah politik la pulak.

Monday, April 20, 2009

Lawatan Ke Sarawak

Semasa meninjau perkembangan Nas Mayang Biotech, kami sempat melawat beberapa rakan-rakan pengusaha cendawan spt D'zaryn Agro Farm, Cendawan PJ dan Mr Peter Luk. Banyak pelajaran baru yang diperolehi dari mereka. Ada juga perkara-perkara yang tidak logik atau masuk dek akal tapi jadi juga cendawannya. Seperkara lain yang kami belajar adalah habuk cendawan yang terpakai amat sesuai untuk tanam taugeh towmeow atau 'peas sprout'. Bersesuaian dengan konsep 'zero waste' pengusaha-pengusaha cendawan mungkin boleh fikirkan hal ini. Satu kilo taugeh ni kalau di giant RM9.00 dan kalau di cold storage RM3.69/200gm.

D'zaryn Agro Farm
Soffry memberi penerangan mengenai operasinya.

Anak-anak kampung membuat beg. Bagus cara ini, budak-budak tu dapat skil dan tak melepak tak tentu arah.

Cara peram beg yang sudah dimasukkan benih.


Cendawan PJ@Noin Resourcess
Nurul tersenyum melihat florence posing depan rumah cendawannya.

Florence menerangkan operasi nurul. Apa nak buat dia mentor.

Kami cukup kagum dengan kekemasan beg medianya. Cantik, secukup rasa padatnya dan berseni.


Ini adalah hasil taugeh towmeow yang dicuba di Nas Agro. Selepas 7 hari boleh dituai dan percubaan pasaran yang kami lakukan amat menggalakkan. Selepas 2 kali tuaian habuk kayu dan akar taugeh itu di berikan pada cacing.



Sunday, April 19, 2009

Nas Mayang Biotech


Syarikat diatas telah ditubuhkan untuk membentuk sebuah makmal pembenihan cendawan untuk membekal benih bagi negeri Sarawak, Sabah dan Brunei. Setelah memikirkan segala aspek secara mendalam, tiga buah syarikat iaitu Nas Agro Farm, Mayang Agrotech dan Agro Consult&Services telah bergabung. Maka tertubuhlah Nas Mayang Biotech yang didaftarkan di Kuching Sarawak.



Inilah pemilik Nas Mayang Biotech; florence, nabil dan fadhli

Mesyuarat membincangkan aspek-aspek kewangan dan operasi.

Antara ruangan yang akan diisi dengan peralatan makmal.

Kami akan menggunakan padi sebagai media benih kerana senang untuk mendapatkannya. Benih ini sedang diuji di makmal Nas Agro di Sepang.


Saturday, April 18, 2009

Penyediaan Benih



Dalam pembuatan benih, kami tidak lagi menggunakan gandum sebagai media. Pengalaman kami menunjukkan bahawa gandum bukanlah media yang sesuai dan baik. Sesiapa yang membuat benih akan faham maksud kami. Oleh itu kami telah beralih kepada jagung biji (popcorn) dan jagung hancur (cracked corn aka CC). Ini bukan bermaksud jagung adalah media yang terbaik tetapi yang pentingnya lebih baik dari gandum.



Popcorn yang sudah direbus selama 30 minit

CC yang telah dibersihkan dan dicampur kapur

Setiap beg beratnya 200gm

Laminar flow ini digunakan untuk menghasilkan tisu kultur atau proses g2g

Ruang penyimpanan 'petri dish' yang berisi tisu kultur

'Master culture' yang disimpan dalam tabung uji sendeng

Benih atau spawn yang disimpan dalam bilik bersuhu 24 c




Konsep 'Zero Waste'


Kami di Nas Agro menggunakan konsep ini untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar, mengurus hasil buangan dari aktiviti penanaman cendawan dan menambah hasil pendapatan.

Bongkah cendawan yang sudah tamat tempoh atau rosak dipisahkan dari beg PP. Bongkah tersebut dimesin agar kembali menjadi habuk kayu.






Habuk kayu itu kemudiannya dicampur dengan tinja kambing atau lembu pada kadar 50:50. Lembabkan dan
berikan pada cacing.












Ini adalah palong-palong cacing yang didirikan dicelah-celah rumah cendawan.










Perasan tak benda berwarna putih yang berada diatas palong tu? Itu adalah tongkol akar atau cendawan reject yang diberikan pada cacing. Sekejap aja dah habis.










Bila baja kompos ( taik cacing ) dah terhasil, kita asingkan baja dari cacing menggunakan mesin ini. Baja akan turun didepan dan cacing turun dibahagian belakang mesin.





Inilah rupa baja yang dihasilkan. Kita boleh jual borong dalam guni atau bungkus dalam pek 1-2 kg. Baja ini sangat berkesan pada sayur-sayur hijau, pisang, tanaman cili dan lain-lain tanaman.