Monday, February 6, 2017

Cendawan Susu Rimau @ Lignosus rhinocerus


Menurut masyarakat orang asli, cendawan ini dipercayai tumbuh di atas titisan susu harimau yang jatuh ke bumi semasa ibu harimau menyusukan anaknya.
.
Sclerotium ( ubi ) cendawan ini berwarna putih akan terbentuk didalam tanah untuk jangka masa yang agak lama, adakalanya berbulan-bulan, bertahun-tahun atau berabad lamanya.
.
Payung cendawan ini akan bercambah keluar apabila keadaan persekitaran adalah sesuai.
.
Menurut kepercayaan orang asli, hanya yang bertuah dan dimurahi rezeki sahaja akan menemui cendawan ini.
.
Pengamal perubatan tradisional masyarakat melayu menggunakannya untuk mengubati barah darah, barah rahim, penyakit ulser usus, penyakit buah pinggang dan bengkak-bengkak mata dan diseluruh badan.
.
Manakala pengamal perubatan tradisional masyarakat cina pula menggunakannya untuk mengubati demam,lelah, asma, meningkatkan sistem immunologi dan menguatkan kesihatan badan.

( Sumber: Lignosus Wordpress )


Wednesday, January 11, 2017

Natural Therapy For Breast Cancer?


Dr. Wong Ka-hing, the associate director of the Food Safety and Technology Research Center, and his research team have found a polysaccharide-protein complex (PSP) in the Tiger Milk mushrooms that can turn selenium - a common nutrient - into a new cancer therapy that could potentially benefit millions of breast cancer patients the world over.
( Source : Science Daily )




Thursday, January 5, 2017


Memungut Hasil Cendawan Susu Rimau

Sekurang-kurangnya enam bulan diperlukan sebelum cendawan susu rimau boleh di ambil. Ini bagi memastikan kualiti ubi atau sclerotia yang terhasil benar-benar bermutu tinggi.


Tuesday, November 29, 2016


Cara Mengenali Cendawan Susu Harimau




#nasagrofarm

Saturday, November 19, 2016

Tuesday, October 18, 2016

CENDAWAN SUSU RIMAU


Memperkenalkan khazanah negara - Cendawan Susu Rimau




Wednesday, November 6, 2013

SALAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum w.b.t

Telah lama blog ini tidak di kemaskini. Sejak adanya FB ramai geng-geng cendawan yang telah meninggalkan blog dan ramai juga yang telah meninggalkan dunia cendawan. Namun blog ini tetap menerima kunjungan dan ramai yang menghubungi untuk mengetahui perkembangan semasa.

Oleh itu, sempena tahun baru hijrah, kami bertekad dan berazam untuk berkongsi maklumat perkembangan dunia cendawan tempatan melalui blog ini, insyaallah.